It’s just one of my way to express my self

10611.jpg0980.jpg

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. 
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?” 
Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.” 

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?” 
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 

1. bertaubat 

2. menyesali dosa yang dilakukan 

3. tidak tergila-gilakan dunia 

4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’) 

5. tinggalkan sifat berbangga 

6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 

7. meninggalkan sifat dengki 

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. 

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufahami maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.” 
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim

Comments on: "Rahasia Khusuk dalam Sembahyang" (2)

  1. salam ukhuwah… menurut apa yg diceritakan melalui artikel diatas… Hatim mengatakan bahawa beliau membayangkan bahawa Allah berada di hadapannye, syurga di sblh kananny, neraka di sblh kiriny, malaikat maut di belakangny dan beliau berada di titian Sirratul Mustaqim… persoalan yang timbul di dlm kepala sy. bagaimanakah kita mahu membayangkan yang Allah di hadapan kita sedngkan kita tidk pernah melihat Allah? kita tidak pernah melihat syurge mahupun neraka.. kita tidak pernah melihat malaikat malahan kita tidak pernah diberi bayangn bagaimanakah malaikat itu…. dan kita tidk pernah dpt membayangkan bagaimanakah titian sirratul mustaqim…. jadi bolehkah anda menjawab persoalan sy???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: